Tuesday, February 27, 2018

ATURAN TERBAIK 'SKINCARE ROUTINE'

Ni SKINCARE ROUTINE paling BASIC yang setiap anda perlu tahu tentang skincare.




Daytime
1. Cleanser
2. Toner
3. Moisturizer / Day Cream
4. Sunscreen

Night
1. Cleanser
2. Toner
3. Spot Treatments
4. Serum
5. Eye Cream
6. Night Cream / Face Oil

1. Cleanser 
Paling basic semua orang patut ada adalah Cleanser.
Seeloknya cuci muka 2 kali sehari serta carilah cleanser yang low ph dan sesuai dengan jenis kulit anda. 
2. Toner
Kalau rasa perlu tambahan hydration, tak nak bagi liang roma terbuka pakai lah toner.
Pakai toner ni penting sebab buat kulit muka rasa FRESH je.
3. Moisturizer 
Moisturizer ni sangat penting. Tak kisah la kulit anda Oily, Dry atau Combination, wajib pakai moisturizer. Pilih moisturiser ikut skin type masing masing.
4. Sunscreen 
Suncscreen sangat penting tak kisah la korang housewife ke anda tetap perlu pakai sunscreen sebaik sahaja keluar dari pintu rumah. Sebaik-baik nya pilih sunscreen yang ada SPF 30 hingga SPF50. Pilih jenis yang TAK MELEKIT di kulit. 

Sunscreen penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh buat kulit jadi mudah naik jeragat, pores makin besar dan sunburn atau risiko kena kanser kulit.

Kalau orang jenis kerja banyak kat outdoor digalakkan apply moisturizer / sunscreen every 2 hours. Sunscreen / Moisturiser yang ada SPF 50 sesuai untuk cuaca panas Malaysia ni.

SPF adalah singkatan untuk 'Sun Protection Factor'.

Ok cukup 4 basic skincare produk. Kalau dah ada semua 4 produk kat atas, okay dah complete untuk basic skincare routine.

Tapi kalau nak lebih complete macam wanita korea, boleh tambah skincare di bawah:-
5. Serum / Essence
Serum  dan essence, dua produk yang hampir sama. Ada concentrated ingredient untuk improve sel sel tisue kulit kita. Fungsi serum dan essence ni memang ada yang specific untuk masalah kulit.
Cari yang sesuai dengan masalah kulit masing masing.
6. Spot Treatment
Spot treatment ni macam produk yang boleh selesaikan khususnya untuk satu satu masalah korang, contohnya ubat jerawat, jeragat, open pores. Hanya sapu di tempat bermasalah sahaja tau.
7. Eye Cream
Anda yang selalu tidur lambat, dan ada problem macam eye bag, wrinkles, dark circles memang patut sapu eye cream.
8. Scrub / Exfoliate
Fungsi scrub adalah untuk remove sel kulit mati dan bersihkan segala pores tersumbat, supaya produk lain mudah serap ke kulit.
Scrub seeloknya 2-3 kali seminggu untuk oily skin, dan 1x seminggu je untuk dry skin.
Jangan setiap hari tau.
9. Sheet mask
Korang nak pakai setiap hari pun boleh, nak pakai seminggu sekali pun boleh, yang ni terpulang pada korang janji ada bajet sebab sheet mask boleh tahan jugak harganya.
Waktu terbaik untuk pakai sheet mask selama 20 minit sahaja.

10. Sleeping mask
Orang Korea memang takkan tinggal sleeping mask dalam rutin kecantikan mereka.
Pakai sleeping mask boleh buat skin lagi lembap dan jugak glowing.




Jadi rasa-rasa dah faham tak tentang SKINCARE ROUTINES ni?

Paling basic 1-4 tu wajib ada tau.

Ok next post rai share pasal Skincare YOUTH dengan lebih detail satu-satu!


Monday, February 19, 2018

5 Kebaikan Vitamin C (PART 1)


Rai suka sangat vitamin C ni.
Paling ketara terasa kebaikan dia lepas beranak anak ke 2.


Cepat gila luka lepas beranak baik.
Memang lain amik supplement dengan tak ambil lepas beranak. (from self experience)
So good things have to share.
Here i share with you all why you should take vitamin c daily.




1.  Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebih anjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan setakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu.

Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.



2.  Bertindak sebagai antihistamine semulajadi

Vitamin C kurangkan simptom demam seperti sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebagai antihistamine semulajadi. Ia boleh turunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam. Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulih dari demam dengan lebih cepat.



3.  Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit

Sejak dulu lagi, vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit. Sekarang ni pun, banyak produk kecantikan yang gunakan vitamin C seperti pelembap dan masker untuk kembalikan keremajaan kulit dan buatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi. Vitamin C sangat membantu untuk kurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga melindungi kulit dari bahaya sinar UV.



4.  Membantu dalam Menyembuhkan Luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.


5.  Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”.
Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


Berminat nak order Vitamin C?
Jom order dari rai sekarang ok! :)



Wednesday, February 14, 2018

YOUTH SkinCare : Breakthrough NATURAL & ORGANIC Skincare

YOUTH SKIN CARE adalah Skin Care adalah Regiment Skin Care Shaklee yang 100% semulajadi (natural) dan DIJAMIN BEBAS dari parabens, phtalates, hydroquinon, mercury.

Setiap Produk dalam SET YOUTH SHAKLEE mengandungi bahan aktif YOUTH COMPLEX yang sangat berkesan dalam menangani masalah:-
  • Jerawat 
  • Jeragat 
  • Pigmentation
  • Kulit tak Sekata
  • Awet Muda
  • Kulit Berminyak
  • Kedutan
  • Pore Size
  • Kulit Kendur

1 Set Mengandungi:-
  • CLEANSER
  • TONER
  • SERUM
  • MOISTURIZER - SPF 50
  • NIGHT CREAM 
  • RADIANCE C + E
Nak baca lebih lanjut tentang satu-satu product dalam set ini, boleh baca di link ini.

Product YOUTH telah dilancarkan untuk para leaders ketika event BLNC pada awal February.



Pada hari tersebut, kami telah menghadiri sesi exclusive dan intensive bersama para Saintis Shaklee yang terlibat dalam kajian dan penghasilan (R&D) Youth Shaklee Skincare.


Roger Barnett CEO Shaklee sendiri menerangkan kenapa mengambil sehingga 8 tahun untuk diusahakan.

CLINICAL RESULTS PROVEN

8 tahun formulation untuk Youth ni demi untuk hasilkan satu skincare yg sangat berkesan tapi bebas dari non organic ingredients.

Bila CEO Malaysia tanya senior saintis penyelidik yg terlibat dlm penghasilan Youth,
"Kenapa lambat sgt? 8 tahun nak hasilkan skincare?"

Saintis tu jawab sebab Mr Ceo Shaklee Roger Barnett nak pastikan skincare ini FULLY ORGANIC. 

Bukan senang nak hasilkan skincare tanpa bahan pengawet langsung.

Kenapa produk organik itu mahal??

Sebab anda nak hasilkan produk yg hebat tapi tahan lama tanpa bahan campuran kimia yg menyebabkan sesuatu produk itu tahan lama di kaunter.

Anda kena ganti dgn bahan organik tp effectnya membantu utk produk bertahan di kaunter.

Penyelidikan yg makan masa dan wang beratus-ratus juta.

Our ceo sangat passionate about health.

Product Shaklee semestinya ORGANIC.



Setelah beliau dan para saitis terlibat betul-betul berpuas hati dengan formulation yang 100% natural dan organic, barulah YOUTH SHAKLEE SKIN CARE dihasilkan.



Setelah hampir 6 bulan dilancarkan di US, SKIN CARE YOUTH SHAKLEE telah menerima banyak FEEDBACK POSITIVE dari Pengguna Youth Shaklee yang memberi REVIEW dan TESTIMONIAL hebat bagaimana YOUTH SHAKLEE SKIN CARE berjaya :
  • Memudarkan jeragat 
  • Mengecutkan jerawat dengan cepat
  • Mengurangkan kedutan di mata 
  • Warna kulit lebih sekata
  • Memudarkan parut jerawat

Shaklee telah memilih beberapa Masters untuk cuba Skincare YOUTH ini secara PERCUMA!

Nak tengok testimonials Leaders yang telah mencuba Youth?

Monday, February 12, 2018

CARA MEREDAKAN RESDUNG

Dulu rai tatau resdung tu macam mana sampai la rai kahwin dengan husband.

Baru la tau resdung tu macam mana.

Kalau bersih kan rumah sama2, kejap je dia bersin.

Jadi rumah kena sentiasa bersih which kadang2 mustahil dengan anak 2 kecik yg aktif dan creative  ni.

Lepastu dapat anak pertama - umar.

Ingat lagi time tu dia baby.

Pipi dia ada rashes.
Ingat rashes susu.
Rupa nya mild eczema.
Orang resdung ni normally dorang ada eczema.
Mild or tak bergantung pada badan masing2.


Paling takot time setahun lebih dia demam + badan naik merah + mata bengkak.

Bengkak camni la

Ya Allah nangis2 rai time tu.
Sebab first time tengok umar camtu.

Bawak g klinik doctor kata sebab dia ada resdung dia allergic habuk.

Resdung boleh diwarisi / genetic.

Terus rai kerling husband.

Haha tapi takkan la nak salah kan husband kan.

Bukan dia yang saja2 kasi umar resdung.

Lepas tu kaki kerap berkudis sebab dia suka garu kalau panas.

So time tu rai pakaikan dia product cetaphil lebih kurang 2 tahun jugak la.

Lepas 2 tahun, alhamdulillah eczema umar terkawal.

Kulit dia tak sensitif macam masa dia baby.

Tapi badan memang cepat ja boleh sakit kalau ada benda trigger resdung dia.

So orang resdung ni, memang banyak do's and don'ts dia.
Memang kena BANYAK BERSABAR jaga / handle dorang.

PANTANG LARANG MEREKA YANG ADA RESDUNG:-
  • Tak boleh kena HABUK / Berada di KAWASAN BERHABUK
  • Tak boleh panas / dalam cuaca panas
  • kena sentiasa sapu cream sentiasa kat kaki dorang
  • kena bawak ubat2 allergic dorang kalau travel

CARA HANDLE family members anda apabila mereka start bersin:-
  • Cepat2 kasi ubat allergic dorang.
  • Mandikan dorang / kalau husband suh la dia mandi sendiri hehe.
  • Pakaikan pakaian cotton yang selesa.
  • Kalau boleh suruh dorang tidur.

Biasa bangun tidur, dorang ok sikit.

Resdung tak boleh diubati tapi boleh control.

Untuk umar, rai kasi MEALSHAKES Shaklee setiap hari.



Alhamdulillah terkawal gak.
Kalau tak setiap malam nak tido time tu la dia bersin.

Husband pula consume:-
1. Vitamin C
  • Vitamin C adalah antioksidan yang sangat baik yang meningkatkan fungsi imun dan melindungi badan daripada virus.
  • Vitamin C bertindak sebagai antihistamin dan mengurangkan tahap histamin yang dihasilkan di dalam badan. Histamin merupakan bahan kimia semulajadi yang dikeluarkan oleh badan untuk mempertahankan serangan alergen.
2. Omega Guard
  • Bersifat Anti-Radang.
  • Ia boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada rongga hidung dan juga boleh membawa kelegaan sakit di bahagian muka dan sakit kepala.
Antara supplements yang lain bagus untuk Resdung adalah:-
1) ALFALFA
  • Berfungsi mengurangkan keradangan masalah resdung (sinuisitis).
  • Kaya dengan sumber klorofil sangat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
2) VIVIX
  • Vivix ini anti radang. Ia membantu mengurangkan radang sinus.
  • Vivix juga antioksidan yang membantu menguatkan sistem imun badan.
  • Mengandungi resveratrol yang membantu memulihkan sel yang rosak yang menyebabkan resdung.


Jadi terkawal la sikit.
Kalau tak pagi ja husband kerap selsema.
Now kalau dia kena habuk ja dia bersin.
Atau bila dia trigger dengan allergens saja.

Haritu lepas basuh kereta, habis bengkak badan husband merah2.
Bersin non stop.
Rupa nya allergic sabun cuci kereta tu.

Kalau dah sampai kes macamtu, lebih baik terus ke klinik.
Sebab lambat treat, boleh beri kesan yang lebih buruk pula.
Antaranya MUDAH KENA SEMPUT / ASTHMA.

Di klinik, husband dapat injection.
Doctor bagi pilihan nak ambil ubat sahaja atau nak injection sekali?
Cepat sikit bengkak dan gatal2 badan reda.

Mesti la kami pilih yang cepat.

Supplements membantu untuk control resdung anda jadi tidaklah anda depend pada ubat doctor 100%.

Plus mencegah lebih baik daripada mengubati.

Anda atau ahli keluarga anda ada resdung?

Jom dapatkan SUPPLEMENTS RESDUNG ini sekarang.

Boleh terus whatsapp rai di link ini.




Friday, February 9, 2018

TIPS LEGAKAN BATUK

Harini rai nak share TIPS LEGAKAN BATUK.

Tak kisah la Batuk Kering atau Batuk Berkahak, insyaAllah it works!



Sebenarnya rai jenis yang kurang percaya tips2 kesihatan ni sampai la haritu rai sendiri batuk kering sampai 4-5 hari.

Nak tidur pon tak selesa.

Bila tidur terganggu, mesti la tak cukup tidur.

Bila tak cukup tidur mesti rasa tak cukup tenaga nak buat routines esok nya.

Jadi lepas rai google, tertarik dengan tips ni.

Tekan Read More button untuk baca lebih lanjut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...