Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Monday, February 19, 2018

5 Kebaikan Vitamin C (PART 1)


Rai suka sangat vitamin C ni.
Paling ketara terasa kebaikan dia lepas beranak anak ke 2.


Cepat gila luka lepas beranak baik.
Memang lain amik supplement dengan tak ambil lepas beranak. (from self experience)
So good things have to share.
Here i share with you all why you should take vitamin c daily.




1.  Membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebih anjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan setakat nak kulit je cantik tapi lebih dari tu.

Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.



2.  Bertindak sebagai antihistamine semulajadi

Vitamin C kurangkan simptom demam seperti sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebagai antihistamine semulajadi. Ia boleh turunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam. Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulih dari demam dengan lebih cepat.



3.  Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit

Sejak dulu lagi, vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit. Sekarang ni pun, banyak produk kecantikan yang gunakan vitamin C seperti pelembap dan masker untuk kembalikan keremajaan kulit dan buatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi. Vitamin C sangat membantu untuk kurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga melindungi kulit dari bahaya sinar UV.



4.  Membantu dalam Menyembuhkan Luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain).  Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur. Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik.


5.  Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”.
Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami. Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan. Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.


Berminat nak order Vitamin C?
Jom order dari rai sekarang ok! :)



Monday, February 12, 2018

CARA MEREDAKAN RESDUNG

Dulu rai tatau resdung tu macam mana sampai la rai kahwin dengan husband.

Baru la tau resdung tu macam mana.

Kalau bersih kan rumah sama2, kejap je dia bersin.

Jadi rumah kena sentiasa bersih which kadang2 mustahil dengan anak 2 kecik yg aktif dan creative  ni.

Lepastu dapat anak pertama - umar.

Ingat lagi time tu dia baby.

Pipi dia ada rashes.
Ingat rashes susu.
Rupa nya mild eczema.
Orang resdung ni normally dorang ada eczema.
Mild or tak bergantung pada badan masing2.


Paling takot time setahun lebih dia demam + badan naik merah + mata bengkak.

Bengkak camni la

Ya Allah nangis2 rai time tu.
Sebab first time tengok umar camtu.

Bawak g klinik doctor kata sebab dia ada resdung dia allergic habuk.

Resdung boleh diwarisi / genetic.

Terus rai kerling husband.

Haha tapi takkan la nak salah kan husband kan.

Bukan dia yang saja2 kasi umar resdung.

Lepas tu kaki kerap berkudis sebab dia suka garu kalau panas.

So time tu rai pakaikan dia product cetaphil lebih kurang 2 tahun jugak la.

Lepas 2 tahun, alhamdulillah eczema umar terkawal.

Kulit dia tak sensitif macam masa dia baby.

Tapi badan memang cepat ja boleh sakit kalau ada benda trigger resdung dia.

So orang resdung ni, memang banyak do's and don'ts dia.
Memang kena BANYAK BERSABAR jaga / handle dorang.

PANTANG LARANG MEREKA YANG ADA RESDUNG:-
  • Tak boleh kena HABUK / Berada di KAWASAN BERHABUK
  • Tak boleh panas / dalam cuaca panas
  • kena sentiasa sapu cream sentiasa kat kaki dorang
  • kena bawak ubat2 allergic dorang kalau travel

CARA HANDLE family members anda apabila mereka start bersin:-
  • Cepat2 kasi ubat allergic dorang.
  • Mandikan dorang / kalau husband suh la dia mandi sendiri hehe.
  • Pakaikan pakaian cotton yang selesa.
  • Kalau boleh suruh dorang tidur.

Biasa bangun tidur, dorang ok sikit.

Resdung tak boleh diubati tapi boleh control.

Untuk umar, rai kasi MEALSHAKES Shaklee setiap hari.



Alhamdulillah terkawal gak.
Kalau tak setiap malam nak tido time tu la dia bersin.

Husband pula consume:-
1. Vitamin C
  • Vitamin C adalah antioksidan yang sangat baik yang meningkatkan fungsi imun dan melindungi badan daripada virus.
  • Vitamin C bertindak sebagai antihistamin dan mengurangkan tahap histamin yang dihasilkan di dalam badan. Histamin merupakan bahan kimia semulajadi yang dikeluarkan oleh badan untuk mempertahankan serangan alergen.
2. Omega Guard
  • Bersifat Anti-Radang.
  • Ia boleh mengurangkan keradangan dan bengkak pada rongga hidung dan juga boleh membawa kelegaan sakit di bahagian muka dan sakit kepala.
Antara supplements yang lain bagus untuk Resdung adalah:-
1) ALFALFA
  • Berfungsi mengurangkan keradangan masalah resdung (sinuisitis).
  • Kaya dengan sumber klorofil sangat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
2) VIVIX
  • Vivix ini anti radang. Ia membantu mengurangkan radang sinus.
  • Vivix juga antioksidan yang membantu menguatkan sistem imun badan.
  • Mengandungi resveratrol yang membantu memulihkan sel yang rosak yang menyebabkan resdung.


Jadi terkawal la sikit.
Kalau tak pagi ja husband kerap selsema.
Now kalau dia kena habuk ja dia bersin.
Atau bila dia trigger dengan allergens saja.

Haritu lepas basuh kereta, habis bengkak badan husband merah2.
Bersin non stop.
Rupa nya allergic sabun cuci kereta tu.

Kalau dah sampai kes macamtu, lebih baik terus ke klinik.
Sebab lambat treat, boleh beri kesan yang lebih buruk pula.
Antaranya MUDAH KENA SEMPUT / ASTHMA.

Di klinik, husband dapat injection.
Doctor bagi pilihan nak ambil ubat sahaja atau nak injection sekali?
Cepat sikit bengkak dan gatal2 badan reda.

Mesti la kami pilih yang cepat.

Supplements membantu untuk control resdung anda jadi tidaklah anda depend pada ubat doctor 100%.

Plus mencegah lebih baik daripada mengubati.

Anda atau ahli keluarga anda ada resdung?

Jom dapatkan SUPPLEMENTS RESDUNG ini sekarang.

Boleh terus whatsapp rai di link ini.




Wednesday, February 7, 2018

RAHSIA KULIT KEMBALI TEGANG



...dengan Collagen Powder!




Apa tu Collagen?

Dulu rai selalu ingat collagen ni jenis suntik. Or dari tumbuh-tumbuhan rupanya silap.


Tuesday, February 6, 2018

BERITA BAIK UNTUK PENGGEMAR KECANTIKAN!

Ramai wanita sekarang semakin mengambil berat tentang penjagaan kulit.

Berhati-hati dalam memilih product kecantikan kerana salah memilih, dikhuatiri kulit muka semakin BERMASALAH.

Bulan February ni adalah bulan cantik!



Sebab apa?
Sebab ada PROMO VITAMIN C dan COLLAGEN POWDER!

Jom baca sikit tentang kedua-dua supplement kegemaran ramai ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...